mula-mula guna hand phone waktu form 4. tu pun hadiah dapat 8A PMR. kira lambat la jugak dapat hand phone. budak-budak sekarang ni darjah 6 dapat 5A UPSR pun dah mintak Blackberry.
zaman tu, semua pakai topup je. nak beli no, 20 30 ringgit jugak la. sekali topup dulu dulu paling kurang pun 10 ringgit. sebab nak save, topup guna untuk message je. kalau nak call, guna phone mak. sampai mak bising bill dia selalu tinggi. dulu 1 message 10 sen. kalau ada telco yang buat 5 sen, 2 sen tu dah kira murah sangat la. ada 1 masa tu, maxis buat super saver 1 hari bayar singgit dapat 1000 sms. memang gila la time tu duk message orang. boleh habis pulak tu 1000 sms sehari. lepas tu ada pulak zaman yang maxis buat singgit boleh cakap dari pukul 12 tengah malam sampai 12 tengah hari ke macam tu la. time tu pun pulun jugak beli super saver tu, bergayut tengah tengah malam. lepas tu, celcom pulak buat uox ni. boleh message setengah sen untuk 8 no uox kot. semua pakat duk beli uox pulak. maxis pulak nak lawan buat youth club, cakap 12 sen je seminit kalau tak salah ingatan saya. at that point, rasa nak bayar telco ni dah murah la. sebab dah masuk UTP, dah dapat elaun tak payah mintak duit mak selalu dah. waktu tu, dah tak berkira sangat la nak message sapa pun. call & message ke nombor yang lain network je la berkira sikit. tapi tak terasa sangat pun. pastu bila intern, hari-hari message dengan Lynn macam message dengan boyfriend. lain network pun tak kisah la. sebab waktu tu dapat elaun intern. sekali topup pun dah up jadi 60 ringgit. call message sapa pun dah tak kisah la sebab memang takde bergayut pun.
duk pakai prepaid tu saya tak de lah monitor penggunaan ni. bila habis kredit, topup. gitu je la. sekarang ni bila pakai postpaid, dah keluar bill, saje la nak monitor. out of 98 ringgit allocated, only 50+ were used. tu dah masuk segala call, domestic sms, international sms. bulan lepas punya domestic sms send : 77 messages. termenung tengok bill sendiri. tak tau nak rasa happy sebab penggunaan tak banyak ke nak rasa sedih sebab macam useless je perkhidmatan sms ditawarkan kepada saya.
waktu sekolah dulu selalu kena marah sebab time tengok tv pun mata kat tv, tangan tengah taip sms. sekarang ni pergi Ipoh tinggal phone dalam bilik pun tak kisah. butt hurt dengan diri sendiri.
Issue Anak dan derhaka
1 hour ago

0 kutuk-kutuk belakang:
Post a Comment