Sunday, November 8, 2009

study week.

selalu, bila study week, rasa macam bila la study week ni nak berakhir. dah tak tahan dah pressure study ni.

tapi kali ni, bila tak ada study week, rasa macam kenapa la tak ada study week? dah la result test semua teruk-teruk. [when I said teruk, I mean teruk. I'm not that kind of person yang cakap result teruk padahal dapat 30/40 (contoh je). itu tak bersyukur namanya]

banyak perkara mengganggu fikiran.. (shuh shuh..pergi jauh-jauh. orang nak studylah!)

nota kaki: Terima kasih En. Fauzan, tiap-tiap hari datang teman pergi IRC.

Saturday, October 31, 2009

buka minda.

anda bosan? buka link blog ni.

http://rausyanfikir.com/2009/10/politik-machiavellinisme-dan-prk-utp.html





private.

kalau nak buat blog, pastu privatekan, baik tak payah buat blog bai. lu tulis je dlm diary lu. tak de serabut-serabut kat alam maya ni.

blog yang tulis benda merepek-merepek macam blog aku ni,kalau ko rasa ko tanak orang baca, tak payah tulis. ni tulis pastu private kan, memang dah banyak sangat masa nak dibuang ke?

kalau buat blog untuk jual barang, ko pergi privatekan blog ko tuh, same la macam setup kedai, siap bubuh signboard semua, pastu kedai tak bukak-bukak. memang tak de point.

Wednesday, October 28, 2009

gundah gulana

hidup serba tak kena..betul..awal-awal dulu mungkin tak terasa sangat sebab baru je lepas jumpa dia waktu dia duduk 2-3 hari di UTP tu. mungkin sekarang baru saya rasa kehilangan. sebab dah lama tak jumpa. pergi Ipoh, jumpa Ummi, tapi tak balik rumah. how ironic. sebab takut berhadapan dengan kenyataan yang dia dah tak ada kat rumah. setiap kali cakap phone dengan Ummi, ayat "kirim salam Oky" masih tak lekang dari mulut, sama macam selalu. setiap kali Abg Fauzan datang, masih bertanya "kenapa tak bawak Oky?", sama macam selalu. dan mereka pun layankan aja.

test Comp Math kelmarin, rasanya sudah fully prepared, rasanya tak ada pun sesi salah dari awal dan kena padam balik semua. tapi masih tak cukup masa.
lab test Mathlab hari ini, rasanya sudah pasti itulah jawapannya, sudah fully prepared. tapi masih ada error. yang peliknya, error pada line yang hanya tertulis 'if' semata-mata.

hidup saya serba tak kena sekaranng. mungkin terlalu banyak berfikir. mungkin terlalu rindu.

I need you the most. Baliklah..

Wednesday, October 21, 2009

aku lemah tanpa kamu, dan kamu tahu itu, kan?



Where'd you go?
I miss you so,
Seems like it's been forever,
That you've been gone,
Please come back home...

Oky..baliklah..K.Maiyah rindu..

Tuesday, October 20, 2009

Sunday.

kalau tiap-tiap hari, hari Ahad kan best.

Friday, October 9, 2009

Antara [Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam] dan [Young and Dangerous]

Semalam sayan tengok cerita [Bohsia]. Ye, sangat lambat, saya tahu. dah lama cerita tu ada dalam hard disk saya, cuma sebelum ni tidak terpanggil untuk tengok cerita tu. kenapa tengok? sebab semalam boring bak bak dan tak tahu nak buat apa. lepas tengok cerita ni, saya merasakan cerita ni ala-ala [KL Drift] jugak la kot. oh, cerita [KL Drift] ni saya tengok kat panggung. n guess what, tak sampai sejam kami keluar dari panggung sebab bosan gile and not worth our time.

tapi ada lagi 1 cerita yang saya boleh katakan ada sikit-sikit cerita ni yang ala-ala cerita [Young and Dangerous]. Kawan-kawan pernah tengok cerita tu tak? Apa? Tak pernah? Meh datang amik kat bilik saya. Saya ada dari 1 sampai 6, The Prequel pun ada.

Ok, berbalik kepada topik asal. Apa persamaan 2 cerita ni?
1) 2 2 pun melibatkan gangster.
2) 2 2 pun ada masalah sosial.

Apa perbezaannya?
-[Young and Dangerous] : gangster tu nampak cool je.
-[Bohsia] : gangster sangat menggelabah. slang bercakap yang murah.

mungkin lepas ni tak perlu tengok filem arahan Syamsul Yusof dah.

Wednesday, October 7, 2009

I'm Loved! BIG love.

kasih sayang, love itu tidak datang dari kehadiran seorang lelaki, (atau 2 3 org lelaki bagi sesetengah orang) semata-mata. itu hanyalah pelengkap hidup kita sahaja. yelah, Allah jadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan, supaya boleh complement each other, supaya keduanya akan lengkap.

sesetengah wanita seringkali mentafsirkan LOVE itu sebagai cinta agung boyfriend/suaminya kepada dirinya. pabila mereka bergaduh, dan terasa pasangannya sudah tidak menyayanginya, maka mereka merasakan sudah tiada cinta dan kasih sayang dalam hidupnya.

kita sering terlupa kepada beberapa orang penting yang sepatutnya kita ingat kasih dan sayangnya kepada kita.

walau apa pun terjadi, saya tahu kasih sayang mereka takkan hakis
oh, yang ini juga
dan mereka yang serabut juga

Tuesday, September 29, 2009

The other side of the truth.

Location: Kok Lanas
Date: 21/9/09 (raya ke-2)
Time: 5pm - 6pm


Monday, September 28, 2009

pinggan pecah.

pernah dengar cerita ni?:-
-suami isteri bertengkar.
-isteri baling pinggan.

mesti pernah kan...

cerita ni pula?:-
-suami suruh anak buat air sirap and prepare meja untuk untuk berbuka.
-anak terlupa.
-suami ambil pinggan mangkuk yang isteri beli dan hempap dalam sink untuk ekspress rasa bengang.

tak pernah? saya pernah saksikan adegan tu.

****

pernah saksikan adegan ni?:-
-suami minta isteri berhenti kerja sebab dia mampu tanggung keluarga dan nak isteri tumpukan perhatian kepada keluarga.

mesti pernah kan..

adegan ni pula?:-
-suami minta isteri berhenti kerja untuk jaga anak-anak dan pastikan rumah sentiasa kemas sedangkan rumah, kereta, makanan, pakaian, semua isteri yang provide.

saya pernah saksikan.

nota kaki:
mungkin si suami tak perlu puasa 6 kot.